Kau yang keliru saat kau ucapkannya... Jangan salahkan aku... Kau yang masih mentah menilai perasaanmu sendiri... Jangan salahkan aku... Kau masih ragu dengan apa yang kau mahu... Jangan salahkan aku..
Bukan aku tidak sudi... tapi tak kala kau sendiri masih tidak menentu... mana mungkin aku percaya itu... Bukannya bermaksud aku tidak mahu mencuba... Cuma selagi tiada ikatan apa-apa... aku hanya boleh mencuba sehingga aku benar-benar percaya bahawa engkaulah raja yang bakal bertakhta di hati kecil ini...
Ya, aku mungkin kolot dari segi ini.. Impianku cuma satu.. Biarlah hati dan perasaan ku hanya akan aku serahkan pada seorang jejaka sahaja.. Bakal suamiku.. Apa yang terjadi selepas itu... Aku serahkan segalanya pada takdir yang telah ditentukanNya untukku...
Andai sahaja mereka tahu itu.. Cukuplah menuding padaku... Biarlah mereka salahkan aku... Jika itu mampu membuat mereka bahagia... Aku tahu.. mereka fikir kau tidak layak untuk diriku yang hina ini... Aku tahu itu... Sinis sahaja kata-kata mereka... aku sedar akan hakikat itu... Bukan ini yang aku mahu...
Ingatlah... Sesempurna mana pun insan itu... Kelemahan mereka tetap ada... Hidup ini penuh dengan liku-liku... Ada masanya kita di atas dan mungkin keesokannya kita di bawah pula...
No comments:
Post a Comment