Andai engkau ditakdirkan menjadi jodohku...
Moga kekal abadi selamanya..
Andai engkau bukan milikku..
Biarkan sekelumit kenangan ku bersama mu subur di hati..
Bukan ucap cinta yang ku mahu..
Hanya sekadar petunjuk yang ku perlu..
Kerana aku tahu..
Hubungan cinta tanpa sebarang ikatan..
Penuh dengan hasutan nafsu dan syaitan..
Cukuplah hati kita tahu mengenainya...
Aku hanya insan biasa..
Tidak sesempurna mana..
Perlu dibimbing..
Perlu dipimpin...
Agar jalan yang telah dan bakal aku lalui..
Lurus dan benar belaka..
Andai rupa yang kau cari...
Tinggalkan aku..
Andai harta yang kau impi..
Jauhi aku..
Kerana aku bukan yang kau mahu..
Ketulusan hati ku..
Hanya untuk mu..
Biar ku terluka..
Asal kau bahagia..
Mungkin mereka anggap..
Ini hanyalah sekadar kata-kata..
Aku harap hanya kau saja..
Mengerti..
Apa yang aku luahkan ini..
Lahirnya dari hati..
Ya Allah Ya tuhan ku...
Jauhilah aku daripada segala kemungkaran..
Tetapkan lah iman ku...
Jika ini takdirnya..
Aku redha...
Biarlah masa menentukan...
~ Nukilan Zawani Zawawi ~
Emak ai, syahdunya! Sop, sop, sop.
ReplyDeleteahahahhaha.... ^^
ReplyDeleteKalau jadi nanti, jangan lupa jemput cikgu sekeluarga, ya. Kajang - Hulu Langat tak jauh mana tu.
ReplyDeleteehehehhehee... Insyaallah cikgu... Lama lagi kot... ahahahhaa
ReplyDelete