Cari jaNgan TaK caRi

Wednesday, November 17, 2010

Sok nak ke tempat praktikal sudah...

Selamat Jalan Bintulu... Tahun depan jumpa lagi...
Rasa macam tak caya lak... semuanya dah nak sampai ke penghujung.. Baru rasanya aku berkenalan ngan ramai orang masa minggu perkasa putra dulu... Tidur sama... Makan sama... Alih-alih dah berpisah... hurmmmm...

Monday, November 15, 2010

Andai Kalian Tahu

Egokah aku kerana menolak sesuatu yang aku tidak pasti atau tidak mahu... Egokah itu... Manusia mudah bercakap.. mudah menilai.. mudah menyimpulkan... Tetapi yang pasti.. Aku tahu sebab aku berbuat begitu... Maaf jika aku menyinggung kalian.. Tiada maksud pun untuk berbuat demikian...

Ada masanya kita tidak sedar akan hakikat hidup orang lain.. Aku bukannya sempurna... Banyak salah yang telah aku lakukan.. Aku cuba berubah.. Mungkin tidak begitu nampak lagi hasilnya.. Kisah hidup ku... Latarbelakang diri ku.. Eloklah aku sahaja yang tahu... Masih tidak begitu yakin untuk menceritakannya...

Bagi mereka yang betul-betul memahami aku (ada ke?).... Mereka tahu aku bukanlah seorang yang emosi seperti sekarang ini... Banyak faktor yang menjadikan aku sentiasa negatif seperti ini... Dan tidak aku nafikan sebahagian besarnya datang dari dalam diri aku sendiri...

Suasana hidup disini juga banyak mempengaruhi... Bukannya aku menyalahkan tempat ini.. Cuma dari segi tekanan dan corak hidup yang berbeza dengan yang dahulu.. Memang perubahan itu baik dan boleh menjadikan seseorang itu lebih berpandangan jauh... Entahlah... Susah mahu aku jelaskan..

Mulanya aku disini.. Aku tidak begini... Semakin meningkat masa yang aku lalui... Perubahan diri aku mulai ketara... Daripada positif... menjadi lebih negatif... Semangat mulai goyah.. Impian mulai kabur...

Andai sahaja kalian tahu itu...
Cukuplah... Aku mahu bina semula keyakinan yang aku punya satu masa dahulu..




Sunday, November 14, 2010

Nak pergi pos barang...

tak banyak sangat barang sebab masa raya dah bawa balik separuh... Pergi ngan amalina... Pastu ingat nak gi makan.. nak potong rambut (uwaaaaaa... rambut gugur pasal pe ntah... x mau potong sebenarnya)

Minggu depan dah mula praktikal.... Kepala masih tak sedia sebenarnya.... huuhuhuhuhuhu.... Hati rasa nak balik je.... Camna tu?


Nak belajar masak lah...

hehehehhe... Orang perempuan kaya ke miskin ke... semua kena reti memasak... Bukannya nak suruh jadi macam chef yang handal2 tu... Cukuplah tahu masak yang basic2 je... Mulakan daripada yang mudah... Lama2 skill tu akan meningkat sedikit demi sedikit...

Bercerita pasal memasak ni, aku reti masak beberapa jenis je... taklah handal... kira aku masak tu orang masih boleh telan la.. Masak lemak, western food (sikit2), sup2, mee goreng, bihun goreng, nasi goreng n etc... cuma aku ni kena ada orang pantau.. Tak begitu yakin lagi...

Cuma aku ada rahsia sikit yang membuatkan aku liat ke dapur... Takut dengan DAPUR GAS...
hahahhahaha... aku rasa macam api tu menyambar2 la... Kat Rumah ayah siap belikan dapur elektrik lagi... kah3... anak dara apa la...

Sebagai permulaan, aku nak belajar masakan kampung dulu... n then barulah aku develop skill aku ni ke masakan yang susah2 sikit... Insyaallah, dengan bimbingan... aku berjaya... ^^

Lepas ni... aku nak belajar macam-macam lagi... Hidup ni kena banyak belajar... baru berkembang minda ni...


pssssttttt.... Fish N chips yang aku buat masa subjek DR.ES.... ^^

Buat mu kekasih .....


Andai engkau ditakdirkan menjadi jodohku...
Moga kekal abadi selamanya..
Andai engkau bukan milikku..
Biarkan sekelumit kenangan ku bersama mu subur di hati..

Bukan ucap cinta yang ku mahu..
Hanya sekadar petunjuk yang ku perlu..
Kerana aku tahu..
Hubungan cinta tanpa sebarang ikatan..
Penuh dengan hasutan nafsu dan syaitan..
Cukuplah hati kita tahu mengenainya...

Aku hanya insan biasa..
Tidak sesempurna mana..
Perlu dibimbing..
Perlu dipimpin...
Agar jalan yang telah dan bakal aku lalui..
Lurus dan benar belaka..

Andai rupa yang kau cari...
Tinggalkan aku..
Andai harta yang kau impi..
Jauhi aku..
Kerana aku bukan yang kau mahu..

Ketulusan hati ku..
Hanya untuk mu..
Biar ku terluka..
Asal kau bahagia..

Mungkin mereka anggap..
Ini hanyalah sekadar kata-kata..
Aku harap hanya kau saja..
Mengerti..
Apa yang aku luahkan ini..
Lahirnya dari hati..

Ya Allah Ya tuhan ku...
Jauhilah aku daripada segala kemungkaran..
Tetapkan lah iman ku...

Jika ini takdirnya..
Aku redha...
Biarlah masa menentukan...




~ Nukilan Zawani Zawawi ~


Last Semester di bintulu....



Teh C Special.... antara yang aku akan rindu kat sini... Antara sedar atau tidak.. Dah hampir tiga tahun aku belajar kat sini... banyak kenangan pahit dan manis yang aku dapat... Di sini juga aku mula matang.. mula pandai berdikari... Al-maklumlah masa ada di rumah dulu.. semua ibu, ayah dan atuk sediakan... Di sini juga aku mula faham dan belajar macam-macam pasal diri orang lain... Karenah manusia.. Boleh di jadikan iktibar dan ada masanya aku rasa terhibur melihat telatah mereka...

Di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ini juga... Seribu satu cabaran telah aku harungi.. Cepat sungguh masa berlalu...